Lame gile x update blog ku yang usang lagi tiada pembaca. Hari ini aku nak bercerita tentang luahan hatiku yang membuak2 sehingga nak muntah..
Sepertimana tajuk di atas,aku ingin bercerita mengenai hadiah hari raya yang aku terima pada tahun ini..
Hatiku bagai dirobek2 dikoyak2 disiat2 sehingga berdarah dan bernanah.Ini kerana aku tidak lagi berdaya untuk melakukan apa-apa setelah cinta ku di duakan oleh sang kekasih hati yang amat ku sayangi..
Seperti yang semua tahu,tahun ni aku tak dapat balik kampung untuk beraya atas urusan kerja.Kesedihan sebab kena kerja terpaksa disembunyikan kerana tak dapat beraya bersama famly tercinta. Tatkala kesedihan itu belum sempat disembunyikan,datang satu lagi kesedihan yang mmg tidak dapat aku lenyapkan.
Laju air mataku mengalir mcm hujan lebat.Hatiku sayu mendengar takbir dan mengenang nasibku pada hari ini..Sampai nya hatimu menduakan aku dibelakangku tanpa aku ketahuinya.Penipuan yang kau buat sangat menikam jiwa aku sehingga aku tidak berdaya untuk mempertahankan hak aku.
Aku sering kau marah,aku sering kau persalahkan,aku sering kau tuduh dan aku terima semuanya kerana terlalu menyayangimu..Tetapi apakah yang kau balas kepadaku?Menjalin hubungan istimewa bersama perempuan lain dibelakangku.Kau gembira disaat ku bersedih..
Kau kata padanya bahawa aku "ex" kau.Sudah lame kau tinggalkan..dan sudah lama tidak berhubung sedangkan aku kau selalu berjumpa dan berhubung.Kau kata padanya kau bosan dengan ku..
Sekarang aku sedar dan semua persoalanku selama ini telah terjawab.Kau kata kau bosan dgn aku..Kau pergi pada yang lain kerana aku kerja dan tiada masa untuk melayanmu.BEGITU?
Sekarang aku mengerti yang aku tidak lagi penting buat dirimu bahkan hidupmu.Aku rela mengundurkan diri agar kau tidak lagi berasa bosan.
Kau kata kau bz buat asg.Tetapi kau bz keluar dengan yang lain..Terima kasih ku ucapkan kerana memberi aku hadiah terhebat pada hari raya tahun ini.
Halalkan makan minumku,pakaianku dan segala yagn telah kau berikan padaku.Jika kau syg padaku,takkan ada dia di antara kita.Jadi,antara aku dan dia,kau pilihlah dia..Kerana kau yang mencari die dalam hidupmu..
Lepaskan aku pergi membawa diri dan membiarkan aku dengan hidupku yang baru..Aku berdoa agar kau berbahagia bersama si dia..
Terima kasih atas segalanya selama 2 tahun lebih kita bersama.Lupekan semuanya dan anggapku bukan siape2.Aknku lupakanmu secepatnya agar aku bisa mencari kebahagian yang lain.
Hadiahmu terlalu besar untuk ku..Tapi akanku terima dengan hati yang terbuka.
Selamat tinggal sayangku..Semoga kau bahagia selalu.