05 June 2012

PAVLOVA !!



Hye korang.. Haa.. saye tau korang suke kan makan pavlova ni.. Asek beli je kan.. Jom kite buat pulak..Mesti jugak ade yang tak tau ape tu pavlova.. ni die..

gambar google


Bahan-bahan Meringue:

·         4 biji telur (120 grams) telur putih
 
·         1 cawan (200 grams) gula castor 

·         1/2 sudu teh  vanilla essence
 
·         1 sudu teh cuka
 
·         1/2 sudu makan tepung jagung

Bahan-bahan Toping :

·         1 cawan (240 ml) heavy whipping cream

·         1 1/2 sudu makan (20 grams) gula

·         1/2 sudu teh vanilla essence

·         Buah – buahan : kiwi, strawberries, raspberries, blackberries, passion fruit, peaches, pineapple, / buah kesukaan anda.

Cara-cara buat Meringue :

1) Pukul telur putih hingga soft dan keluar buih.
ni lah meringue yg dah sejuk
2) Masukkan gula, sedikit demi sedikit (satu sudu demi satu sudu) & terus pukul hingga berkilat dan licin. *Pastikan adunan tadi licin dengan menggosok adunan tadi dengan jari,jika masih berpasir, pukul hingga hilang rasa pasir.
3) Letak vanilla essence dan pukul lagi. (sekejap)

4) Masukkan tepung jagung & cuka, kacau sebati dgn spatula getah.
5) Letak kertas minyak  atas Loyang & tuangkan adunan tadi atas kertas minyak dan mmbuat bentuk bulat atau masukkan dalam piping bag dan pipe je.. dan bakar selama 60 - 75 min,130 darjah celcius / hingge masak. Meringue berwarna cream / coklat apabila masak .
6) Matikn oven dan regangkan pintu oven,biarkan meringue sejuk dlm ketuhar.
7) Meringue akan retak sedikit kerana proses menyejuk tapi  kat dalam lembut mcm marhmallow.


Cara buat toping:

Topingnye : Pukul krim sehingga soft dan maniskan dgn gula dan vanilla essence. Cover meringue tadi dgn krim dan hias dgn buah kesukaan anda.

gambar google

gambar google

Boleh jugak kalo nak buat kecik-kecik mcm ni..comel gitu mcm cupcake kan..

*Take note: jangan letak toping semasa meringue masih panas kerana ia akan menghancurkan pavlova anda..


SELAMAT MENCUBA


credit to joyofbaking

No comments:

Post a Comment