23 November 2012

Please save them!!





Sejak kebelakangan ni tak putus2 berita kematian di bumi Gaza..Di kesempatan ini aku memohon dan merayu kepada yang membaca entry aku kali ni, same2 lah kite mendoakan mereka di sana..

DOA adalah senjata Islam yang paling mujarab!Mana pergi perasaan anda sekiranya kamu tidak mahu mendoakan saudara kita sendiri..Tolong lah ambil peduli tentang ini dan pasti mereka amat memerlukan doa kita semua..

Kalau bukan kita yang mendoakan mereka, siapa lagi?? Ayuh! tadah tanganmu!

Ya Allah!! KAU berikanlah mereka kekuatan untuk menempuh segalanya..KAU matikanlah mereka dalam beriman..(Mati syahid)Ya Allah!! KAU maha mengetahui betapa peritnya kehidupan mereka saat ini..KAU kurangkanlah kesakitan mereka..
Ya Allah! ENGKAU matikanlah serangan kejam ke atas mereka..KAU musnahkanlah senjata senjata yang menyerang mereka..
Ya Allah KAU makbulkanlah doa hambamu ini Ya Allah!! Sesungguhnya kami amat sedih dengan penderitaan mereka..Aaamin..Aaaminn ya rabbal alamin..




Terima kasih kepada yang sudi menadah tangan bersama2 aku untuk mendoakan saudara kita di sana..Walaupun aku tak tahu nak doa yg lebih baik,tetapi aku pasti Allah maha mengatahui hati aku,hati kamu dan hati kalian bahawa niat kita satu untuk selamatkan bumi GAZA..


14 November 2012

How to make "samosa" step by step!



Sempena Maal hijrah ni saya kena bawa kuih ke surau..So saya bercadang membuat samosa..Ala simple je..
Untuk 2kg keledek = 1 paket kulit popia
Saye buat inti keledek macam inti karipap je..Kalau korang nak letak ayam cincang ke ape ke suka hati korang..
First sekali kite kena ada :
- Keledek 2kg  ( potong dadu )
-Serbuk kari ( dalam 3 sudu )
-Cili boh ( ikut kesukaan pedas masing-masing )
-Garam (secukup rasa)
-Bawang putih, bawang merah, ikan bilis (bahan tumbuk)
-Kulit popia
-Gum paste ( tepung gandum + air )
Cara-cara:
1) Tumis bahan tumbuk dengan sedikit cili boh sehingga garing kemudian masukkan serbuk kari..
2)Masukkan air kemudian masukkan keledek.. ** air tu bg keledek sparuh tenggelam..
3) Masak sampai pekat,kemudian letak garam dan masak sehingga keledek empuk dan sebati.
4) Biarkan sejuk

Cara nak lipat samosa:
2 bahagian yg dicantumkan = 1 samosa
Step 1
( Potongkan kulit popia kepada 3 bahagian. Cantumkan 2 bahagian gune gam paste )

Step 2
( Lipatkan 30 darjah di bahagian hujung )


Step 3
(Letakkan inti )


Step 4
(Lipatkan bucu atas ke bawah)

Step 5
(Lipatkan sampai habis dan gam bahagain hujung)


Step 6
( Boleh digoreng)





Selamat mencube ye korang!!

10 November 2012

Misteri Yahoo!




Hye korang..harini nak habaq mai kat korang pasal satu misteri...Ha ha..

Sebenarnye ceq pon bru ja terbace pasai mende ni kat entry kawan ceq..Tu yang nak habaq kat korang ni..Ha nak tau ape misteri tu?
  misteri lah sangat!

Jom pergi ke link ni 
http://www.yahoo.com/



Lepas tu korang tekan kat tanda seru tu..Sungguh dasyat bunyinye!!
Haa korang dah tau kan misteri tu?Aku rase ramai dah dan semestinye lagi ramai yang tak tahu kan3!!btul tak??

He he he...tu je misterinye..

7sebab lelaki gagal menawan wanita



Entry kali ni aku share bende ni kat korang..
Credit to : lyssa faizureen

1. Suka Sangat Menunjuk-Nunjuk
Errr . Ser ah lelaki macam nih . Ingat bagus sangat kot ? Masa pertemuan untuk pertama kalinya , korang ni ... perghh . Berusaha bersungguh-sungguh tuh untuk memberitahu segala-galanya tentang diri korang . Contoh utama : Kononnya , korang ni ada banglo dekat Damansara Perdana tuu . Tak pun bagitahu yang korang bawa BMW X5 . Ecehh . Bangganya ye ? Tahu tak ? Tindakan  macam ni lah yang menyebabkan wanita pandang korang suka membanggai diri. Cukup sekadar memberitahu pekerjaan korang and biar lah wanita yang judge berapa banyak harta yang korang ada ok?

2. Terlalu Banyak Menyentuh
Iya ~ Memang tak dapat dinafikan lagi , wanita memang suka disentuh tetapi awas ! Lihat dulu keadaannya . Sentuhan pada wanita hanya perlu bila korang dapat melihat isyarat yang 'dia suka korang' . Selagi dia masih ragu-ragu and kerap menjauhkan jarak korang dengan dia jangan sesekali korang bertindak melulu yea ! (Peringatah : Aksi sentuh menyentuh ni , haram di sisi Islam ok ? So , kalau nak sentuh ke hape , kahwin dulu . kehekh < walaupun banyakk couple sekarang yang dah tak kisah dengan benda nih semua> aiyoo )...

3. Kurang Sikap Lelaki Budiman
Cuba tanya mana-mana wanita siapa yang tak suka lelaki budiman atau dikenali sebagai 'gentleman ' nih kan . Lisa Surihani pun suka . Lady Gaga , lagi lah suka . haha.. Yang membuka pintu kereta , yang menarik kerusi untuk pasangan , yang membawa sekuntum bunga merah masa jumpa (alahaii.. romantiknyaa.) , yang sering mengucapkan kata sayanggg , yang menuangkan air minuman untuk si dia .. Sikap begini lah yang amat disenangi oleh wanita kini . Kalau Lyssa pun , kalau dapekk lelaki macam nih . Perghh . SUMPAH , tak kan lepas ooo . kihkih :*

4. Langsung Tak Bersopan-Santun
Eiyy. Korang jangan ingat bersopan santun hanya untuk 'wanita' je ehh . Lelaki pun perlu bersikap sedemikian ! Sikap kasar dan kurang budi bahasa membuatkan wanita meluat dengan korang ni . Selalunya , ia datang secara asli mengikut gaya hidup dan status sosial korang tetapi , kalau korang selalu sangat ditolak wanita , korang seharusnya menukar cara dan gaya korang kerana sikap sopan-santun memang dah ada dalam diri . Cuma perlu dipraktikkan lagi :)

5. Kurang Sangat Puji-Memuji
Yes ! Memang wanita sukakan pujian and kalau korang lihat dia tersipu-sipu malu kan , maksudnya taktik korang tuh memang sudah mengena ! " Baju you pakai cantik hari ni" ; "Senyuman you memang manis" ; "I suka bila you ketawa" ; "You have a beautiful smile in a world" ! Katakanlah apa sahaja asalkan pujian itu berpijak di bumi yang nyata .. Janganlah pulak puji sampai GILA-GILA HIPERBOLA tuu .. Kaarangg penampor yang korang dapekk . ehhee. Dan dalam sekali pertemuan tu , hanya perlu SEKALI sahaja pujian , kalau terlalu kerap , nanti jadi hipokrit pulak . kehkeh~ 

6. Berperangai Kalut dan Gelojoh
Korang nakkan dia , tapi tak sabar and gelojoh . Macam Mr.Bean je .HAHA . Ok . Misalnya korang ni jenis suka sangan memaksa-maksa dia sukakan korang  ataupun menarik tangan dia untuk bercerita dengan korang atau memaksa dia bersalam dengan korang , sedangkan dia belum buat keputusan ke atas korang . Bersikap lebih tenang dan tidak terlau terburu-buru lebih banyak membantu . So , fikir-fikirkan lah ye ? :)

7. Penampilan itu Penting
Aspek inilah yang mungkin korang abaikan . Tahukah korang bahawasanya wanita ni lebig sukakan lelaki yang pandai menjaga imej dan penampilan seperti tubuh yang dijaga bersih , bau wangian , kemas , dan berpakaian sesuai mengikut acara . Kalau lelaki ni memakai pakaian yang salah di upacara yang salah , wanita memang berpaling daripada melihat korang . Say "BYE-BYE" je lah . hehe . Akan tetapi , bagi lelaki yang memiliki sendikit jambang tidaklah salah kerana ada wanita yang sukakannya :)

07 November 2012

Merasa menjadi cikgu


 

Harini sehari suntuk aku duduk kat bilik guru SMK Damansara Damai ni tande kaertas peka sains..Hehehe..
penat woo..Barulah tahu keadaan menjadi seorang guru di dalam bilik guru,duduk diam2 meneliti peka2 student..Memang rumit sangat kejenye cikgu ni..huhu tabik spring lah kat cikgu..
 
Ade jugak cikgu-cikgu kat sini ingat aku cikgu baru..Ade gaye cikgu gak aku ni ek..perasann!

Siap pakai baju kurung..Tak boleh blah betul..Keh3..Takdelah..Kan nak pegi skolah..Kene lah sopan sopan sikit..Dari jam 1pm-3.30 aku menyiapkan tanpa henti..Wuahhh penat gila!!

Nak balik lambat lagi..Terpaksalah aku gunekan kebosanan ni mengupdate belog aku ni..hee..

04 November 2012

Asal Ku Bahagia



Aku bahagia sebab aku yakin dengan diri sendiri dan aku tahu ape yang aku buat adalah demi kebaikan..

Mak aku selalu pesan jangan jadi orang yang dibenci..Aku tahu majoriti semua mak pesan kat anak die mcm tu..

Tapi semua org pun tahu..Tak semua perkara yang kite buat boleh membuatkan semua pihak berpuas hati dengan kite..But i dont care if the things that i do is the best way for our life..

Aku tahu ramai kat luar sane tu penah rase ape yang aku raasekan sekarang ni..Tapi ape yang berlaku pasti ade hikmahnye..Dan aku yakin tu..Tuhan takkan sengaja menguji hambanya tanpa memberi yang lebih baik untuk hambanya itu.

Sekarang ni aku sangat bahagia di samping family yang selalu menjadi tulang belakang aku dan kawan2 yang sentiase support aku..Thankz kat korang sume walaupun aku tak tau nak balas jase korang mcm mne..hehehe..

Bagi yang "BENCI" kat aku ni ha, aku mintak maap le ye sebab buat korang sakit hati ke terguris ke ape ke..Kan aku dah cakap tadi tak sume perkara boleh buat semua pihak berpuas hati..Mungkin ape yang korang penah buat ,org lain tak puas hati ke..sapa tahu..

Dunia ni ibarat roda..Kejap kat bawah dan kejap kat atas..Tak selamanye kite berade di tahap selesa..

Yang penting! Aku tetap dengan care aku asalkan aku bahagia..Tak siapa boleh halang..Aku tak pernah nak aibkan orang kalau org tu tak aibkan aku..Mekasih..
 
Entry ni aku tak tujukan kat sape2 pun..Untuk tontonan umum hihihi..