14 November 2012

How to make "samosa" step by step!



Sempena Maal hijrah ni saya kena bawa kuih ke surau..So saya bercadang membuat samosa..Ala simple je..
Untuk 2kg keledek = 1 paket kulit popia
Saye buat inti keledek macam inti karipap je..Kalau korang nak letak ayam cincang ke ape ke suka hati korang..
First sekali kite kena ada :
- Keledek 2kg  ( potong dadu )
-Serbuk kari ( dalam 3 sudu )
-Cili boh ( ikut kesukaan pedas masing-masing )
-Garam (secukup rasa)
-Bawang putih, bawang merah, ikan bilis (bahan tumbuk)
-Kulit popia
-Gum paste ( tepung gandum + air )
Cara-cara:
1) Tumis bahan tumbuk dengan sedikit cili boh sehingga garing kemudian masukkan serbuk kari..
2)Masukkan air kemudian masukkan keledek.. ** air tu bg keledek sparuh tenggelam..
3) Masak sampai pekat,kemudian letak garam dan masak sehingga keledek empuk dan sebati.
4) Biarkan sejuk

Cara nak lipat samosa:
2 bahagian yg dicantumkan = 1 samosa
Step 1
( Potongkan kulit popia kepada 3 bahagian. Cantumkan 2 bahagian gune gam paste )

Step 2
( Lipatkan 30 darjah di bahagian hujung )


Step 3
(Letakkan inti )


Step 4
(Lipatkan bucu atas ke bawah)

Step 5
(Lipatkan sampai habis dan gam bahagain hujung)


Step 6
( Boleh digoreng)





Selamat mencube ye korang!!

No comments:

Post a Comment