22 January 2012

Mari Buat Pizza Sendiri

Assalamualaikum...

Ape khabar org kampung?Sehat dak?Udah mkn belum?ha?blum mkn lg?ape die?tak tahu nak mkn ape?
Haa..meh sini rapat2 bukak mate besaq2,saye mahu ajar anda membuat pizza..senang bangat deh!!

Jom2..

Ini untuk pizza saiz besar tau korang.. 

Macam biase,kite mesti ade bahan2 kan.. haa ni bahan2nye..xkan lah takde kt rumah sume2 ni kan...jom tinjau2 sikit ape bahan-bahan nye..

Yang ini bahan untuk roti :

  • 200 gram tepung roti ATAU tepung gandum biase
  • 1 sudu gula
  • sikit garam
  • 1 sudu kecik yeast
  • 125 ml air
  • 1 sudu butter
  • 1 sudu susu tepung
Yang ini bahan untuk bahagian atas :
  • ayam (dipotong kecik2)
  • 2 batang sosej (lembu)*hiris
  • 2 bawang putih (dicincang)
  • sedikit minyak masak
  • serbuk lada sulah
  • Tomato (potong dadu)
  • bawang besar (cincang/hiris bulat)
  • mayonis
  • sos cili & sos tomato
  • cheese (kalo nak sedap pakai mozarella /parmesan cheese) *saye gune cheesedale je.hee
  • sayur cmpur (ala beli je kt supermarket yg ade carrot,kacang hijau,jagung tuh)
Haa ade tak sume bahan-bahan ni kat rumah korang??mesti ade kan2?? Jom lah kite tgok pulak mcm mana agaknye buat pizza ni..

Cara-cara buat roti pizza:
  1. Bahan-bahan roti tadi,dicampur dan diuli sehingga  menjadi doh.Pastu rehatkan doh tu selame 1jam & jangan lupe tutupkan doh tu dgn kain lembab tau.
  2. Lepas 1jam, canai doh tu agak 0.5cm tau..jgn tebal2 sgt..Pastu,cucuk dengan garfu dekat semua doh tu.Lepas tu,bakar dalam oven.Suhu-200.selama 15min.
Cara-cara buat bahagian atas:
  1. Tumis bwang putih sampai kuning,masukkan ayam & sosej dan goreng sehingga masak,letak garam dan serbuk lada sulah.
  2. Sapukan mayonis pada roti yg dah siap dibakar td,pastu sapu sos cili dan sos tomato.Ratakan.
  3. Lepastu,taburkan ayam & sosej yg dah digoreng td,bwang besar,tomato,sayur campur dan last sekali taburkan cheese.
  4. Bakar sekali lagi selama 8minit atau sehingga masak pada suhu 200 darjah.
  5. Siap boleh la mkan pnas2..
Amacam??senang je kan?? Kalau korang dah cube,postlah gambar pizza korang tu kat saye..Yang ini gambar pizza yg saye dah buat..



SELAMAT MENCUBA

No comments:

Post a Comment