Assalamualaikum.
tak tau ape nak masak untuk keluarga,kawan,yg tersayang ataupun untuk diri sendiri??ha mesti korang nak masak yg senang2 kan?dan pastinye korang nak ape yg korang masak tu sedap kan??ha nah ni die saye bg 3 resipi mudah untuk korang yg boleh dihidangkan bersama..selamat mencube..
NASI TOMATO
BAHAN2
· Beras (600g)
· Tomato puree (3sudu makan)
· Air rebusan ayam (kalau xde letak kiub aym je)
· Planta
Bahan kisar(ditumbuk)
· 3 bwg merah
· 3 bwg putih
· 2cm halia
Rempah tumis
· Bunga lawang,kayu manis,bunga cengkih
Cara2
1. Tumis bahan kisar dan rempah tumis dengan planta.
2. Masukkan beras yg telah dibasuh,gaulkan sebati.
3. Masukkan air rebusan ayam secukupnya supaye nasi tak lembik nti. (kalau 4 cawan beras, 5cawan air).
4. Masukkan tomato puree dan sedikit garam.
5. Untuk lebih wangi,letak sehelai daun pandan dan biarkan nasi masak.
6. Siap dah.senangkan?
Bahan2
- · Ayam (digoreng dulu)
- · Kentang (digoreng dulu)
- · Tomato puree (1/2 cawan)
- · Bwg besar (dihiris)
- · Susu cair (1 ½ cawan)
- · Bwg merah,bwg putih,halia
- · Cili boh
Cara2
1. Tumis bwg merah, bwg putih & halia.
2. Masukkan cili boh, masak hingga pecah minyak.
3. Masukkan tomato puree dan bwg besar.
4. Masukkan susu cair, air (untuk lebih kuah),grm dan gule secukupnye.
5. Bile dah mendidih,msukkan aym dan kentang,biarkan 5 minit.
6. Siap!
ACAR
Bahan2
· Nenas (potong kecik2)
· Timun (potong kecik2)
· 1 tangkai cili merah (hiris halus2)
· 2 tangkai cili api hijau (hiris halus)
· 1 biji bwang besar (hiris halus2)
· Gula & garam
Cara2
1. Campurkan SEMUA di atas dan gaulkan sehingga rata.
2. Siap!
3. Mudahkan?
Selamat mencuba.
_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://html.expresso.me/smileys
No comments:
Post a Comment